Wednesday, February 11, 2009

Renungkanlah...

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan..........

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian......

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya......
Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya..........

Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya.....tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan..........

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.....bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya......

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.....
Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya......tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya..

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira...tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.....

Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil..adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering.......

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan........

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan dan buat pedoman....

Pergaulan bebas hampiri zina

Beginilah remaja Melayu kita..

PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."


Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku."

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan 'jangan kamu hampiri zina.' Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: "Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.

Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:

1) Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

2) Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.

3) Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

4) Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.

Monday, February 9, 2009

Peliknye..



Aku agak kehairanan dgn student usim ni...psl ape tau x?psl bmake-up..mmgla pmpuan ni xlps dr makeup n itu merupakan satu keperluan harian..tol x?
tp yg aku heran dgn bdk2 usim ni ble tpandang gurl yg make-up dorg punye pndgn cm len mcm je. bkn laki tp pmpuan..apekh itu pndgn jeles?huhu...bukanla nk ckp pkai
make up tebal2 tp cukupla sekadar bedak n secalit lipstik..4 ur information,aku mmg jns yang minat make-up n xsuke klu tgk muka aku pucat je..dats why aku klu ke mane2 xmiz dr bwk cmpact powder n lipstik dl beg. pnh dlu ms aku br lg d planet usim ni, aku ditegur dgn 1 slank yg blm pnh aku dgr spjg hytku-'jangok'..aku jd hairan. lame2 br aku tau jangok 2 bermaksud melaram@b'cntik2..huhu xtau nk sebut pe.aku pelik jgk sbb ape aku dtegur begitu..rupenya br aku phm..
aku bukan nk ckp pe..mmgla kita d suruh berhias hanya untuk suami tp dr skrg la kena try..nti dgn suami coreng je muka..so blaja la dr skg!xrugi pun..

Say iT OuT LouD!



Stuck in d single rut? stop feeling sorry 4 urself n start believing in da power of sell-fulfilling prophecies! n it's not enough 2 juz think in ur mind dat u'll meet dat special someone, say out loud 2 urself "I'M AN ATTRACTIVE GURL" at least 10 times a day.. u'll begin 2 see urself as truly attractive n dat positive vibe will automatically draw people 2 u!!

Thursday, February 5, 2009

tension..huhu


glitter-graphics.com

kenape la aku rase tension beno blaja sem ni...banyak tol keje nk wat.tp bese r sebagai student kenala responsible dgn tugasan2 tu..
sume org yg bgelar student akn rase ape yang aku rase..
tol x?hee..
nak xnk kenela face it..
hope success liza!
AMiN..

Wednesday, February 4, 2009

Catur Putih Yang Kehilangan "Permaisuri"


"Mengapakah kita lemah dan sering kalah apabila berhadapan dengan Israel sedangkan negara umat Islam banyak,lebih daripada 40 buah negara? Umat Islam tidak akan lemah dan kalah berhadapan dengan Israel jika negara ummat Islam hanya satu”.
(Syeikh Yusuf Al-Qardhawi)

Jika dilihat situasi dunia hari ini seolah-olah satu permainan catur. Catur putih hitam yang digambarkan antara Islam dan Yahudi menanti penentuan checkmate, dalam erti kata lain, kemenangan merebut matlamat yang hampir serupa, tetapi originality yang berbeza. Jika benar Islam dan Yahudi seolah-olah dalam permainan catur, maka kita diambang kebuntuan antara kalah menang. Sekarang, ‘Raja’ dalam bahaya. Bahaya akan begitu diamnya askar-askar putih. Bahaya kebuntuan strategi. Malah, yang paling teruk, buah catur terpenting itu sudah tiada. Buah catur yang menjadi pusat mampu mengawal keseluruhan permainan catur, itulah ‘Permaisuri’ yang dinamakan Palestin!

Berkata Salahuddin, “Barangsiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”
Siapakah yang menguasai permainan catur itu sekarang?

APAKAH ERTI KEHILANGAN PERMAISURI DALAM CATUR?

Andaian awal seorang pemain catur biasa menganggap hilangnya permaisuri pihak lawan adalah detik kekalahan. Walhal, di mata seorang masterchess, terkorbannya permaisuri adalah satu taktik yang memberi satu amaran. Hilangnya permaisuri belum bermaksud CHECKMATE, tetapi bererti WASPADA! Andai fitnah 11 September 2001 World Trade Centre itu adalah fitnah yang dilontarkan kepada Islam hingga kononnya menuduh keganasan ajaran Islam, sebaliknya isu ini menjadi titik tolak pengislaman beribu-ribu orang kristian Amerika setelah mengenali Islam. Sebenarnya Allah menegur kita agar lakukan sesuatu! Berperang? Bersedekah? Boikot? Itu sahaja?

ORIGINAL VS CIPLAK

Jika ‘Islam’ itu diibaratkan sebuah syarikat yang sangat terkemuka, menghasilkan produk-produk yang berkualiti hingga ke serata dunia, maka dalam dunia hari kini, syarikat itu dalam dilema dan di ambang kejatuhan. Syarikat itu bukan jatuh kerana kualiti produknya, tetapi kalah kerana tidak berkembang dan statik. Dalam sebuah buku tulisan John C. Maxwell, 17 Indisputable Law of Teamwork, dalam bab The Law of Scoreboard, John ada menceritakan sebuah syarikat yang pernah mendapat tempat dan sangat popular di Amerika satu ketika dahulu. Oleh sebab syarikat ini mendapat keuntungan besar setiap hari, syarikat ini tidak mengembangkan perniagaan mereka kononnya keuntungan mereka adalah satu kepastian yang berkekalan. Namun, sangkaan mereka silap sama sekali! Ketika syarikat itu terus berjalan, satu syarikat lain yang memperniagakan produk sama turut berkembang. Akhirnya syarikat tadi jatuh merudum sehingga lingkup muflis. Malah, orang ramai yang menyokong syarikat itu turut sedih kerana syarikat tersebut banyak kaitan sejarahnya dengan ekonomi penduduknya.

Begitulah hakikatnya dalam dunia Islam hari ini. Umat Islam yang ada hari ini kekurangan orang yang dinamik. Bukankah lebih baik kalau kita membuka pascamodenisme Islam dengan teknologi canggih, ekonomi gigantik, ilmu pengetahuan tinggi yang beridentiti Islam? Adakah ini salah di sisi Islam? Jika diteliti sejarah Rasulullah, zaman itu orang arab menganggap pertukangan besi adalah satu pekerjaan yang hina. Tetapi ketika berkembangnya Islam, Rasulullah sendiri menggalakkan pertukangan besi. Jika pertukangan besi yang hina itu digalakkan, ertinya Rasulullah sendiri nampak signifikannya ketika orang lain tidak nampak, iaitu variasi dalam memperkembangkan Islam – KREATIF!

“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya”

(Surah Al-Hadid : 25)

Begitulah juga bagaimana Muhammad Al-Fatih berjaya menawan kota Constantinople dengan subjugasi menggunakan menggunakan meriam, ketika pihak musuh tidak mempunyai kemahiran teknologi. Berubahlah para ibu bapa sekalian, anak-anak anda hari ini tidak boleh lemah. Panggilan fardu kifayah menggesa komuniti kita meramaikan pakar komputer, jurutera aeronautik, arkitek, sains aktuari dan saintis-saintis akhirnya berkhidmat di bawah nama Islam.

Ingatlah firman Allah;

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah..”

(Surah An-Nisa’ : 9)

Anak-anak hari ini tak boleh dibiarkan bersosial melampau-lampau, sibuk-leka dengan Raja Lawak, berfoya-foya dan statik. Anak-anak sepatutnya digaris pandu ke arah kekuatan Islam, kekukuhan mentaliti dan fikrah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Inilah masanya untuk membuktikan ke’original’an kita.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang kuat.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang tahu tanggungjawab terhadap saudara-saudaranya.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri!

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Tidak sempurna iman seorang dari kamu hingga mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SERANG BALAS CHECKMATE

Ketika berlakunya krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima) di Amerika, firma perbankan di seluruh dunia menghadapi kerugian yang mencecah berbillion-billion ringgit kerana pelaburan ini. Ketika ini, firma perbankan Islam yang bertaraf global tidak terkesan sedikit pun kerugian rentetan daripada taufan ekonomi yang melanda dunia, malah ketika itu mereka ghairah melancarkan produk kewangan Islam. Bon Islam yang dilaksanakan berbeza dengan bon konvensional kerana sistem muamalat Islam bebas dari segala pelaburan risiko yang meragukan. Malah bon Islam lebih efektif dan original! Sebab itu sebenarnya Islam hari ini berpotensi untuk mendahului ekonomi Yahudi. Bagi saya, idea boikot itu bukanlah idea yang lapuk, malah terbukti kesannya hari ini pasaran ekonomi ‘729’ jatuh merudum seperti mana berlaku pada pasaran-pasaran produk Belanda ketika berlaku penghinaan terhadap Rasulullah sebelum ini.

Sekiranya ekonomi Yahudi jatuh, adakah umat Islam membiarkan keadaan itu hanya dengan laungan ‘padan muka’ atau memulakan revolusi ekonomi baru menyaingi Mc Donald, 20th Century Fox, Disney, dll? Sebab itulah, erti hidup bukan hanya pada MEMBERI, tetapi juga MEMBUKTI! Jika kita hanya sibuk memberi, orang sana sibuk menerima, maka sifirnya kita tidak perlu bergerak menuju anjakan paradigma.

ADAKAH CATUR ‘ASKAR’ BOLEH GANTIKAN ‘PERMAISURI’?
Itulah satu halnya yang perlu kita prihatin sekarang. Lihatlah sahaja agenda dunia politik kita di sini. Jika kita ingin tegakkan Islam melalui wasilah politik sahaja bagi saya tidak cukup. Saya tak rela mempunyai Malaysia Islamik andai PAS mengambil alih. Apa ertinya kalau sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak solat, tidak menunaikan zakat, rasuah dsb? Ramai yang bising kalau soal kita menggunakan wasilah memperkasa masyarakat dahulu, ia mengambil masa yang lama dan tak relevan. Jika janji Allah atas kemenangan Islam, kenapa nak pandai-pandai kita memberikan inferens, sedangkan masa itu adalah RAHSIA ALLAH? Lihatlah sendiri, pengislaman Michael Jackson sendiri adalah di bawah pengetahuan kita bahawa masa masalah umat pula orang yang tak disangka-sangka memeluk Islam! Soal yang saya ingin utarakan di sini adalah, kita dan Palestin adalah satu masyarakat. Masyarakat yang digantung nama dengan masyarakat Islam. Tiada masyarakat Palestin-masyarakat Malaysia.

“Orang-orang yang berima adalah sama darah-darah mereka dan mereka adalah tangan kepada orang lain. Orang-orang bawahan pun tetap berusaha demi keamanan mereka”
(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai, dan Abu Daud)

Adakah sebab kita Palestin jadi seperti hari ini? Solat itu tiang agama, jika kita tak solat, semua tahu bahawa kita sebenarnya meruntuhkan agama kita sendiri. Begitu juga zakat, Allah banyak kali sebut aqimussolah wa ‘atuz zakah, adakah kita sempurnakan erti mendalam‘hablu minallah wa hablu minannas?’ Adakah solat itu tertegak dalam masa yang sama zakat itu disempurnakan?

Kita pasti dapatkan kembali ‘Permaisuri’ yang hilang itu jika semua sampai pada tahap kefahaman yang jitu. Kita akan dapat kembali Palestin yang dirobek itu seperti mana Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali jika kita berpegang pada Quran dan Sunah. Kita juga akan berjaya mendapat cita-cita kita jika kita ‘mempunyai pemimpin yang arif, tentera yang aktif dan masyarakat yang baik’ seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih implementasikan sabda Rasulullah. Ubahlah diri KITA..

Thursday, January 15, 2009

hi buddies!



i like to hear ur comment in my blog...
so
check it out!